Fadillah: 5,000 KIR di Petra Jaya terima bakul makanan melalui Pemulih

Fadillah (tiga dari kanan) pada program pengagihan bakul makanan Pemulih di Petra Jaya.

KUCHING, 10 Julai: Seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) daripada golongan sasar dalam kawasan Parlimen Petra Jaya mendapat manfaat daripada program bakul makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Bantuan menerusi peruntukan RM300,000 daripada Kerajaan Persekutuan itu diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

Menurut MP Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof, ia adalah kesinambungan dan tambahan kepada program Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada golongan bersasar secara berterusan.


ā€œPusat Khidmat Parlimen Petra Jaya juga akan berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi memastikan lebih ramai golongan sasar dapat dibantu.

ā€œGolongan bersasar yang dibantu menerusi program ini terdiri daripada keluarga yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19.

ā€œIa termasuk kumpulan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-Kasih, kumpulan B40 serta mereka yang kehilangan pekerjaan dan memerlukan bantuan khusus selain daripada makanan asas,ā€ katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu hari ini, Fadillah telah menyampaikan bantuan bakul makanan untuk beberapa kawasan dalam Parlimen Petra Jaya yang disempurnakan dengan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan norma baharu.

Bagi Program Bakul Makanan, penetapan RM100 untuk setiap bakul makanan dikurangkan kepada RM60 bagi memastikan lebih ramai golongan sasar mendapat manfaat daripada program ini.

Menurut Fadillah, yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, dengan itu jumlah penerima dapat ditambah daripada hanya 3,000 kepada 5,000 KIR.

ā€œBantuan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan sasaran meneruskan kelangsungan hidup, sekali gus memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),ā€ ujar beliau.

Mengenai bentuk bantuan bakul makanan yang diagihkan, ia bergantung kepada keperluan golongan sasar, bukan sahaja dalam bentuk makanan malah keperluan bayi seperti pampers dan keperluan golongan warga emas.

Malah kata Fadillah, Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya juga turut menambah peruntukan berkenaan mengikut keperluan.

Di samping bantuan program bakul makanan Pemulih, baru-baru ini 17,000 KIR dalam kawasan Parlimen Petra Jaya mendapat Bantuan Bakul Makanan Kasih Sayang Sarawak di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 (BKSS 6.0).

Program diperuntukan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

ā€œSelain itu antara Januari hingga Jun tahun ini juga. sejumlahĀ 3,035 lagi KIR dalam Parlimen Petra Jaya telah menerima bantuan menerusi peruntukan pusat khidmat Petra Jaya bernilai RM182,100.

ā€œIni bermakna 25,035 KIR terdiri daripada golongan sasar dalam kawasan Parlimen Petra Jaya menerima bantuan menerusi BKSS 6.0, Pemulih dan peruntukan Pusat Khidmat sejak awal tahun ini,ā€ katanya.

Sementara ituĀ tambah Fadillah, Pusat Khidmat ParlimenĀ Petra Jaya juga sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai, jika ada penduduk yang memerlukan bantuan dalam kawasan parlimen berkenaan yang tercicir daripada senarai penerima bantuan, atau jika ada yang terlepas pandang.Ā ā€” DayakDaily