Empat pemandu mabuk ditahan di Kuching

Kelihatan pemeriksaan dilakukan di lokasi operasi.

KUCHING, 11 Nov: Empat individu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Simpang Tiga yang bermula jam 10 malam Rabu (10 Nov) hingga 2 pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 53 tahun.

Katanya, kesemua yang ditahan gagal melepasi ujian pernafasan menggunakan Mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk pengesahan kandungan alkohol dalam badan.


Katanya, seramai 173 pengguna jalan raya dan sebanyak 115 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi tersebut dijalankan.

Dedah beliau, sebanyak 29 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi tersebut. — DayakDaily