Duit KWSP punya pasal, seorang wanita berang lalu ugut anak tirinya

Suspek wanita berusia 41 tahun (dua dari kiri) diberkas polis malam Khamis (1 Julai, 2021) di rumahnya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Julai: Tindakan seorang wanita berusia 41 tahun dipercayai mengugut anak tirinya selepas ditanya tentang status simpanan berjumlah RM7,000 dari pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pengadu, membawa padah apabila dia ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan dalam kejadian pada malam Khamis (1 Julai) sekitar jam 7.10 malam di sebuah rumah di Taman Jelita Off Taman Tunku, suspek tiba-tiba “naik minyak” apabila anak lelaki tirinya berusia 21 tahun menanyakan status keberadaan wang tunai berjumlah RM7,000 yang telah dikeluarkan dari KWSP mangsa.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek ditahan kurang sejam selepas kejadian di rumahnya oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri.

Dalam kejadian, mangsa mendakwa turut ditampar di pipi kiri oleh ibu tirinya, selain daripada melakukan ugutan jenayah terhadap anak tirinya itu.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntuman hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — DayakDaily

Advertisement