Dua ahli sindiket edar dadah ditangkap, dadah lebih RM1 juta dirampas

Ahsmon menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.

KUCHING, 17 Ogos: Sindiket pengedaran dadah yang dipercayai telah beroperasi sejak 8 tahun lepas digempur dalam beberapa serbuan sejak 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata dua daripada ahli sindiket tersebut berjaya ditangkap bersama dengan dadah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Katanya, kedua-dua susperk berusia 22 dan 24 tahun dan merupakan warga tempatan.


“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak Disember 2013 dan kita percaya mereka gigih merekrut ahli baharu dan sejak bila dua suspek yang ditangkap terlibat dengan sindiket ini masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini.

Menurut Ahsmon, 4 serbuan dilakukan sejak 13 hingga 15 Ogos iaitu di Federal Park, Matang, kawasan tepi jalan berhadapan Hotel Imperial, sebuah kondominium di Jalan Lapangan Terbang dan di tepi Jalan Kup Hee.

“Polis telah merampas sejumlah 17,838 biji ecstasy seberat 7,563 gram, methamphetamine seberat erat 299 gram, enam kotak mengandungi methamphetamine seberat 6,372 gram dengan nilai keseluruhan bernilai RM1,045,250.

“Pasukan operasi turut merampas wang tunai RM3,535 dan dua buah kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Perodua Axia,” katanya.

Jelasnya lagi, modus operandi kegiatan ini menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

ā€œDadah yang mereka terima ini dihantar dari luar Sarawak dan dihantar menggunakan alamat palsu dan apabila sampai, tiada penerima kerana menggunakan alamat palsu.

ā€œKemudian, salah seorang dari suspek yang ditangkap ini akan memainkan peranan dengan memberi alamat baharu,ā€ katanya

Kata Ashmon, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Ogos dan disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. ā€” DayakDaily