Dipercayai tersilap tekan pedal minyak, kereta ‘meluncur’ ke arah sebuah kedai roti

Kenderaan yang dipandu wanita tersebut turut mengalami kerosakaan pada bahagian hadapan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 28 Jan: Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh dinding kaca kedai menjual roti dan pastri di Pelita Commercial Centre pada malam Khamis.

Dalam kejadian, wanita tersebut dilihat memasuki kenderaan itu yang diparkirkan berhadapan kedai ,sebelum ia secara tiba-tiba ‘meluncur’ dan merempuh cermin dinding premis berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.30 malam.

Dalam pada itu, video lokasi kejadian tular di media sosial sejak malam tadi.

Dinding cermin kaca sebuah kedai roti dan pastri di Pelita Commercial Centre Miri pecah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita ‘meluncur’ ke arah premis tersebut pada malam Khamis.

Video berdurasi 39 saat itu menampakkan seorang wanita, dalam keadaan gugup, dipercayai pemandu kenderaan beberapa kali memohon maaf dalam Bahasa Cina.

Dipercayai pemandu tersilap menekan pedal minyak mrnyebabkan kereta yang dipandunya itu merempuh cermin dinding kedai roti tersebut.

Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan. — DayakDaily