Covid-19: 3,585 katil di 34 buah hospital seluruh negara sedia

File photo of the Sarawak General Hospital (SGH) in Kuching.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Mac 25: Sebanyak 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara telah disediakan untuk menerima pesakit-pesakit Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebahagian daripada persiapan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk menangani wabak tersebut.


Menurut Muhyiddin, pelbagai persiapan diambil setelah kerajaan menjangkakan kes-kes baharu positif Covid-19 akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat.

ā€œPada masa ini, 34 peratus daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66 peratus lagi yang masih boleh menampung pesakit.

ā€œJika berlaku pertambahan jumlah kes positif Covid-19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara,ā€ katanya dalam satu perutusan khas di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, semasa taklimat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, kes-kes positif Covid-19 dijangka meningkat lebih tinggi sekiranya pihak kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Kata Muhyiddin, jumlahnya mungkin meningkat berkali-kali ganda lagi seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain.

ā€œDari satu segi, perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini.

ā€œNamun, kita tidak boleh berpuas hati dengan langkah-langkah yang kita ambil pada masa ini sehinggalah kita berjaya mencatatkan sifar kes baharu,ā€ ujar beliau.

Justeru, tegas Muhyiddin, strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit Covid-19.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar.

Ini termasuk melakukan ā€˜mass testingā€™ khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

ā€œDengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian.

ā€œJusteru, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama,ā€ ujar Muhyiddin. ā€” DayakDaily