Bomba Sarawak lancar logo pasukan MOCSAR (Penyelamat di Gunung dan Gua)

Zuraidah menandatangani logo MOCSAR sebagai simbolik perasmian logo tersebut semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Khirudin, Dr Sim dan Hamdan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 10 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melancarkan logo Pasukan Penyelamat di Gunung dan Gua atau Mountain Cave Search and Rescue (MOCSAR) semalam.

Majlis pelancaran logo tersebut disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamarudin di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di Tabuan Jaya di sini.

Beliau menyokong penuh penubuhan MOCSAR disebabkan terdapat banyak gunung dan gua yang menjadi tumpuan ramai dan tarikan pelancongan di negeri ini.


“Disebabkan itu, kita seharusnya mempunyai pasukan yang cekap untuk memastikan kejadian-kejadian seperti orang sesat, kemalangan di hutan dan gua dapat ditangani dengan cekap dan pantas,” katanya pada majlis tersebut semalam.

Difahamkan, untuk permulaan MOCSAR adalah terdiri daripada 10 orang pegawai bomba bantuan yang merupakan penduduk di kawasan Mulu, Miri.

Mereka diberikan latihan menyelamat dan telah dilantik oleh JBPM membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Mulu.

Logo yang sama juga akan digunapakai di seluruh Malaysia bagi pasukan yang sama.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah JBPM Malaysia Dato’ Sri Mohammad Hamdan Wahid, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman. — DayakDaily