Bencana Banjir hampir sebabkan terputus hubungan Kuching-Bau

Kawasan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Bau yang di tengelami air.

BAU, 14 Jan: Paras air yang naik mendadak menengelamkan beberapa jalan utama di Bau telah menyebabkan penduduk di sesetengah kawasan di pekan tersebut terputus hubungan dengan Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata jalan-jalan terbabit iaitu di persimpangan Tondong dekat Jalan Batu Kawa, Jalan Jagoi-Bogag, jalan Grogo, persimpangan lampu isyarat pekan Bau, kampung singai di jalan Apar-Sagong dan Jalan Sarikin-Bau.

Katanya, pada ketika ini beberapa laluan terbabit walaupun masih boleh dilalui namun situasi paras air yang mula meningkat akan menyukarkan pegerakkan penduduk khususnya mereka yang ingin mendapatkan rawatan di hospital berdekatan


” kita ada dua pesakit yang dalam perjalanan ke Hospital Bau ketika ini tetapi tersangkut berdekatan persimpangan Lampu Isyarat Pekan Bau. Jadi mereka terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam untuk membantu mereka menyeberangi kawasan tersebut seterusnya membawa pesakit tersebut ke Hospital Bau.

“Pada ketika ini semuanya dalam keadaan terkawal namum kita sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga dan memastikan kita sentiasa berkomukasi agar dapat mengkoordinasikan penyaluran bantuan di tempat kejadian.

“Bagi mereka yang ini ke Kuching, pada masa ini jalan Batu Kitang Bau masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan”katanya ketika di hubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak memnghadapi masalah untuk membantu dalam usaha memindahkan penduduk yang terjejas memandangkan mereka memiliki kelengkapan yang mencukupi bagi tujuan tersebut

Katanya, kelengkapan terbabit termasuk bot telahpun disediakan kepada Jawatankuasa kemajuan dan Kemanjuan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetanga (KRT) terlibat beberapa tahun lalu bagi kegunaan ketika situasi bencana.

” JKKK dan KRT di kawasan yang berisiko ini boleh bergerak sendiri dengan kemudahan yang ada ini dan apabila bencana belaku seperti banjir ini mereka hanya perlu mengaktifkan penggunaan semua kemuadahan tersebut,”katanya.

Henry berkata, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara telah di buka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.

Katanya, pihaknya mempunyai satu pusat khidmat yang ditugaskan bagi menguruskan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bantuan kepada mangsa yang terjejas.

“Dalam situasi kecemasan, penduduk di kawasan terjejas boleh mendapatkan bekalan makanan di kedai-kedai runcit tempatan dan ini akan diuruskan oleh Pusat Khidmat DUN Tasik Biru kemudiannya,”

Mengulas situasi bencana di Bau, Henry berkata, sehingga jam 8.00 pagi tadi, sebanyak 13 buah kampung di kawasan Bau telah terjejas dan dinaiki air hingga paras tiga kaki.

Keadaan ini katanya menyebabkan jalan-jalan yang menghubungkan kampung terbabit terputus dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan serta kecil.

Katanya, kejadian tanah runtuh di kawasan Kampung Apar-Sagong turut menyebabkan kampung tersebut terputus hubungan dengan kawasan lain.

“Ketika inj, keaadan di lokasi masih dalam keadaan terkawal walaupun situasi air di kawasan terlibat masih belum lagi surut dan kita akan terus melakukan pemantauan berkaitan,”katanya. -DayakDaily