Belanjawan Sarawak 2021 dahulukan kepentingan rakyat, kata Pemuda PBB

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu logo
Advertisement

KUCHING, 15 Nov: Belanjawan Sarawak 2021 yang dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir pada 13 November lepas jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dalam satu kenyataan, berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyedari bahawa keperluan dan kerbajikan rakyat perlu didahulukan terutamanya golongan yang terjejas teruk dari segi ekonomi serta pendapatan dalam meneruskan kehidupan harian mereka akibat pendemik tersebut.

“Selain memberi fokus kepada bantuan terus kepada rakyat, kami percaya Belanjawan 2021 Negeri Sarawak mampu memulihkan operasi organisasi atau syarikat bila tiba masanya.

Advertisement

“Penekanan terhadap sektor ekonomi digital dalam belanjawaan tersebut juga memberi isyarat jelas bahawa sektor ekonomi ketika ini banyak dipacu melalui transaksi digital dan belanjawaan tersebut memperlihatkan visi Sarawak untuk menjadi antara negeri yang mempelopori sektor ekonomi tersebut,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, pelbagai Projek Rakyat yang diumumkan dengan belanja puluhan jutaan ringgit  bukan satu statistik semata-mata sebaliknya limpahan manfaat pembangunan yang diterima oleh rakyat khususnya di kawasan luar bandar menjadi rujukkan kepada kejayaan sesuatu kepimpinan kerajaan.

Perkara itu jelasnya menunjukkan keyakinan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperjuangkan kepentingan Sarawak berbanding pihak lain yang sengaja mencetus kegusaran rakyat tanpa asas yang kukuh.

“Kami berharap mereka yang kecewa ini sudah-sudahlah mencipta adu domba semata-mata kerana hilang kuasa dan bukannya ikhlas untuk membantu rakyat yang benar-benar mengharapkan sesuatu yang membawa manfaat kepada kehidupan mereka hari ini dan masa depan Negeri Sarawak. — DayakDaily

Advertisement