Belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan, Adun Satok memberitahu pelajar

Ibrahim (tiga kanan) and Wee (tiga kiri) menyampaikan ang pau dan bantuan kepada para pelajar.

KUCHING, 18 Jan: Pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok digesa belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih baik.

Ahli DUN (Adun) Satok Dato Ibrahim Baki berkata, kerajaan Sarawak telah menyediakan bantuan secukupnya bagi membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke institusi pelajaran tinggi.

“Setiap pelajar mesti belajar bersungguh-sungguh. Pelajaran adalah segalanya dan ia boleh mengubah kehidupan anda.


“Bagi pelajar universiti tahun satu dari Satok, yang ibu bapa adalah pengundi di sini, kita ada menyediakan bantuan kewangan.

“Ini adalah kerana apabila memasuki universiti, pelajar terpaksa membayar yuran pendaftaran selain tiket kapal terbang,” kata Ibrahim.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina kepada pelajar Sekolah Chung Hua No. 4 di Jalan Haji Taha di sini, hari ini.

Tambah beliau, Pusat Khidmat Satok bersama persatuan yang lain juga akan berusaha membantu pelajar mendapatkan biasiswa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Federation of Chinese Associations of Sarawak Dato Richard Wee yang telah dilantik di dalam ahli Lembaga Yayasan Sarawak.

“Pelajar daripada keluarga kurang kemampuan boleh memohon biasiswa ini.

“Jika anda mengambil kursus seperti digital ekonomi, industri minyak dan gas serta industri kimia, anda boleh memohon biasiswa ini.

“Kita memerlukan tenaga kerja daripada generasi baharu untuk membangunkan Sarawak,” kata Ibrahim. — DayakDaily