Beberapa peralatan pembinaan hilang dipercayai dicuri di tapak pembinaa Pan Borneo di Bukit Song

Royal Malaysia Police logo

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 8 Dis: Beberapa barangan pembinaan bernilai RM5,000 di kawasan tapak projek jalan Pan Borneo Highway berdekatan Bukit Song di sini dilaporkan hilang awal pagi Selasa dipercayai dicuri.

Kejadian disedari penyelia tapak projek sekitar jam 8 pagi semalam.


Difahamkan, kesemua barangan tersebut telah disimpan di dalam sebuah kontena yang berkunci.

Namun, pada Selasa, pintu kontena tersebut didapati terbuka dan beberapa peralatan yang disimpan di dalamnya telah hilang disyaki dicuri.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian. — DayakDaily