Bantuan kewangan one-off RM600 untuk pengusaha inap desa, RM3,000 untuk agensi perlancongan

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 17 Mac: Pengusaha inap desa dan dan agensi perlancongan yang berdaftar dengan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menerima bantuan kewangan secara one off berjumlah RM600 dan RM 3,000 menerusi inisiatif untuk merancang sektor perlancongan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan tesebut yang diberikan menerus program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan memberikan manfaat kepada lebih 5,000 agensi perlancongan dan 4,000 pengusaha inap desa di negara ini.

” Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19. Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ berjumlah RM3,000 kepada agensi perlancongan dan bantuan tunai sebanyak RM600 kepada pengusaha inap desa yang juga kana diberikan secara ‘one-off’,” katanya ketika berucap pada perutusan khas perdana menteri di sini hari ini.


Muhyiddin berkata, bagi membantu aliran tunai dan mengurangkan kos operasi perniagaan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan pemberian dikaun 10 peratus bill elektrik selama tiga bulan lagi sehingga penghujun Jun depan.

Katanya, dengan pemanjangan tempoh diskaun tersebut, kerajaan akan menanggung jumlah kos sebanyak 135 juta ringgit.

Muhyiddin dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan bersedia untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat selain akan turut mewujudkan laluan Khas hijau bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara.

Bagaimanapun beliau menyeru orang ramai untuk memberikan sedikit masa dan ruang untuk Kerajaan meneliti segala risiko sebelum sesuatu keputusan berkaitan diambil.

Ia bagi memastikan keselamatan rakyat terutamanya daripada bahaya penularan wabak Covid-19 dapat diminimumkan dan usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat di negara ini berjaya dilaksanakan. -DayakDaily