Bapa Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli meninggal dunia hari ini

Mendiang Biju Bantin

KUCHING, 17 April: Biju Bantin, bapa kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju telah meninggal dunia hari ini.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.12 tengahari di kediamannya di Bintulu, Sarawak.

Menurut Setiausaha Sulit Kanan kepada timbalan menteri Vernon Kedit, upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada petang Isnin 19 April, 2021 di kediaman keluarga beliau di Bintulu.


Mendiang Biju, 81, seterusnya akan dikebumikan di Nanga Budu, Saratok pada 20 April, 2021 jam 7 pagi.

Mendiang dilahirkan pada 12 Oktober, 1940 di Rumah Panjang Engkudu, Saratok. — DayakDaily