Warga emas ditemui maut di luar pasaraya Miri

Maut selepas jatuh pengsan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Ogos: Seorang warga emas berusia 62 tahun meninggal dunia selepas dipercayai tiba-tiba pengsan di luar sebuah pasaraya di Jalan Merpati tengahari tadi (Selasa).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah, mangsa, seorang lelaki ditemui terbaring berhampiran sebuah kedai makanan pasaraya berkenaan sekitar jam 12.30 tengahari.


“Orang awam dan anggota keselamatan bangunan pasaraya berkenaan segera memaklumkan kejadian kepada pihak polis dan ambulans untuk bantuan,” ujar Lim.

Ambulans dan paramedik tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hoapital Miri untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes di siasat sebagai mati mengejut.

Hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa baharu sahaja melangkah keluar dari bangunan pasara raya berkenaan sebelum tiba-tiba jatuh pengsan.-DayakDaily