Atlet renang para, Jamery Siga guna tempoh PKP luangkan masa bersama anak

Jamery Siga

Oleh Muhammad Akmal Rizki

KUCHING, 10 April: Bagi kebanyakan orang, perintah kawalan pergerakan (PKP) sememangnya tempoh yang amat memerit dan menyeksakan.

Bagi atlet renang paralimpik negara, Jamery Siga yang menyifatkan PKP sebagai rahmat baginya.

Menurutnya, tempoh rehat latihan ketika ini digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Christian Laja,Ā di tempatĀ kelahirannya di Kampung Kuala Mendalam, Ulu Mendamit, Limbang.

ā€œKetika ini semua program latihan saya dihentikan dan saya telah kembali ke kampung.

ā€œTempoh ini saya gunakan sepenuhnya untuk bersama dengan anak saya kerana kebiasaanya saya balik sebulan sekali untuk menjenguknya di kampung,ā€ kata pemenang pingat emas Sukan Para Asean Kuala Lumpr 2017 itu ketika dihubungi.

Jamery Siga

Menurut Jamery, 35, selepas kehilangan isteri tercinta akibat kemalangan pada 2018, tanggungjawab menjaga anaknya yang berusia 8 tahun itu kini terserah kepadanya.

Mujur, pusat latihannya bersama skuad negara terletak di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Likas,Ā Kota Kinabalu, Sabah,Ā lantas memudahkannya kembali ke Limbang untuk menjenguk anaknya sebulan sekali.

Untuk mengekalkan tahap kecergasan, Jamery kadang-kadang berenang di sungai sambil melakukan latihan ringan di kampungnya.

ā€œKalau ikutkan jadual, saya sepatutnya terbang ke Portugal pada Mei depan untuk menyertai kejohanan renang dunia di sana.

ā€œSelain itu, saya juga masih menunggu bila tarikh baru kejohanan Sukan Para Asean di Manila. Penangguhan Sukan Paralimpik Tokyo juga menyebabkan program latihan saya tertangguh,ā€ tambah Jamery.

Jamery dalam pada itu bersyukur kerana pihak Majlis Sukan Negara (MSN) masih membayar elaunnya setiap bulan untuk membolehkan beliau menempuh waktu sukar akibat PKP bersama anaknya.

Beliau turut berterima kasih dengan pihak Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sarawak (Pesron) Sarawak yang turut menghulurkan elaun kepadanya.

Jamery pernah merangkul beberapa pingat emas untuk beberapa kejohanan dunia bagi Sukan Paralimpik sejak 2010 dan pernah tersenarai dalam ranking kelima dunia pada Olimpik Rio 2016. ā€” DayakDaily