Angkatan Muda PKR Sarawak teguh bersama PH

Saifunnizam Sam

KUCHING, Mac 3: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak teguh bersama parti dan Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Saifunnizam Sam berkata, Angkatan Muda terus cuba sedaya upaya melunaskan amanah dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Krisis politik negara masakini tidak akan sesekali memadamkan semangat juang saya malah akan teguh setia bersama PKR dan PH.


“PH harus diberi ruang secukupnya bagi menghadapi situasi mencabar ini, meskipun agenda reformasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Tambah Saifunnizam, walaupun diuji dengan pelbagai tekanan dan rintangan, asas perjuangan sejak dua dekad lalu akan diteruskan malah diperhebatkan.

“Buat para pengkhianat rakyat, kami tidak akan sama sekali lupa peranan anda sebagai sebahagian daripada pencabul demokrasi Malaysia,” tegas beliau. —DayakDaily.