Angin kencang menerbangkan struktur atap besi sebuah bangunan di Jalan Melayu, Miri

Struktur atap besi dari sebuah bangunan di Jalan Melayu hancur diterbangkan angin kencang tengahari tadi.
Advertisement

MIRI, 24 Mac: Hujan lebat disusuli angin kencang pada tengahari Jumaat menyebabkan beberapa struktur atap dari sebuah bangunan berhampiran Park Hotel di Jalan Melayu tercabut.

Beberapa kepingan struktur besi atap tersebut diterbangkan angin kencang sebelum ia terhempas di tengah-tengah Jalan Melayu.

Kejadian itu menyebabkan laluan Jalan Melayu menuju Ke arah Jalan Cina tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

Advertisement

Mujur, tiada kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut.

Pada Jumaat, sekitar jam 12.30 tengahari, hujan lebat yang disertai angin kencang melanda bandaraya Miri. — DayakDaily

Advertisement