Ribut kencang malam semalam menerbangkan bumbung sebuah rumah panjang di Daerah Subis

Bumbung kediaman Rumah Panjang Sana Labi diterbangkan angin kencam dalam kejadian malam tadi.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 1 Nov: Bumbung sebuah rumah panjang di Daerah Subis, Tuai Rumah Sana Labu, yang didiami tujuh penghuni rosak selepas diterbangkan ribut kencang malam tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, kejadian berlaku jam 8 malam Isnin.


Mujur, tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, sebanyak empat buah sekolah rendah di daerah itu telah mula dinaiki air susulan hujan lebat yang turun sejak petang semalam.

Empat buah sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tegageng, SK Rumah Mentali, SK Kampung Iran and SK Rumah Tinggi

Mirwan berkata, air dilaporkan naik sehingga mencecah 30 sentimeter sehingga 1.8 kaki.

“Setakat hari ini, tiada pusat pemindahan dibuka,” ujarnya. — DayakDaily