Sebuah kenderaan terbalik, dua lagi rosak dalam kemalangan di Jalan Melayu

Anggota Polis Traffik Miri tiba di lokasi kejadian.

MIRI, 17 Dis : Tiga individu terselamat dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan, awal pagi tadi di Jalan Melayu.

Namun, punca sebenar kemalangan berlaku masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi itu, salah satu daripada kenderaan terbabit terbalik ditengah-tengah laluan menuju ke pusat bandar, manakala dua lagi mengalami kerosakkan pada bahagian belakang dan tepi dipercayai dirempuh.


Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing. — DayakDaily