Anak impun ada di Market Bandar Riyal

Penjual menyusun ikan yang diperolehi dari Balai Ringin.
Advertisement

KUCHING, 7 Ogos: Anak impun yang merupakan makanan kegemaran ramai masyarakat Dayak boleh didapati di Market Bandar Riyal di Kota Samarahan.

Ikan kecil yang sesuai digoreng kering atau pansuh ini dijual oleh sepasang suami isteri yang membelinya dari penduduk Balai Ringin.

Menurut penjual, anak impun ini tidak selalu ada, ia bergantung kepada keadaan sungai.

Advertisement

“Bila musimnya tiba, para nelayan darat di Balai Ringin akan menelefon saya.

“Saya akan datang dan membeli daripada mereka untuk dijual di Market Bandar Riyal,” kata penjual.

Selain anak impun, pasangan ini juga menjual ikan baung, buing, banta dan pipi merah yang juga dari Balai Ringin.

Anak impun, ikan buing, banta dan baung dijual di Market Bandar Riyal.

Kata penjual, ikan dari sungai Balai Ringin ini digemari penduduk sekitar dan sangat laku.

Setompok anak impun, ikan buing dan banta dijual dengan harga RM10.

Manakala sekilogram anak impun dijual RM32 dan ikan buing RM22 sekilogram, ikan banta pula RM30 sekilogram.

Ikan baung pula dijual dengan harga RM35 sekilogram. — DayakDaily

Advertisement