ACD di Market Bandar Riyal esok 8 Ogos

Villagers queuing up to register themselves for Covid-19 screening tests in this file photo.

KUCHING, 7 Ogos: Pengunjung Market Bandar Riyal bagi tempoh 25 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021 dikehendaki hadir pengesanan kes secara aktif (ACD) pada esok, 8 Ogos.

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dalam kenyataan hari ini berkata, ujian saringan Covid-19 akan diadakan di Market Bandar Riyal mulai jam 9 pagi hingga 3 petang.

Katanya, pengesanan khusus untuk mereka yang mengalami gejala demam, sakit tekak, batuk, selesema, hilang deria rasa, hilang deria bau, muntah, cirit dan cirit birit.


Mereka yang pernah berjumpa dengan kes positif Covid-19 juga dikehendaki hadir ujian saringan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi bilik gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan di talian 082-672101. — DayakDaily