Ambil iktibar kemelut politik Semenanjung Malaysia

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING, 25 Okt: Kemelut politik yang dihadapi di Semanjung Malaysia seharusnya memberikan isyarat kepada rakyat Sarawak untuk lebih bersatu untuk mempertahankan negeri ini daripada dipengaruhi oleh anasir luar yang boleh mengkucar kacirkan kestabilan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rakyat dan pemimimpin di Sarawak perlu bermuhasabah diri, mengambil iktibar dan pengajaran daripada kemelut tersebut dan menghalangnya agar ia tidak sampai di Bumi Kenyalang.

ā€œParti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti tonggak dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu terus kukuh dan berpadu, jangan sama sekali kita berpecah belah. Marilah kita terus berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,ā€ katanya ketika berucap di Konvensyen Khas PBB Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.


Beliau berkata, ketika Kerajaan Persekutuan dan Negeri melaksanakan pelbagai bantuan prihatin rakyat dan fokus kepada usaha memerangi penularan Covid-19, terdapat pemimpin di Semenanjung yang pentingkan diri dan berusaha menggugat kerajaan sedia ada.

Katanya pemimpin-pemimpin tersebut seolah-olah tidak memperdulikan keluh kesah rakyat yang berdepan penularan wabak Covid-19 dengan cubaan untuk mencetus kekacauan politik dan ekonomi, dalam kerakusan perebutan kuasa sesama mereka.

Fadillah, yang juga Naib Presiden Kanan PBB, berkata pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan perubahan besar kepada lanskap politik Sarawak.

Walaupun PBB dan Barisan Nasional (BN) menang di Sarawak namun perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan meninggalkan impak besar kepada lanskap politik negeri ini sehingga pucuk kepimpinan dalam PBB , Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) sebulat suara bersetuju untuk keluar dari BN dan menubuhkan GPS.

ā€œGabungan parti tempatan sepenuhnya ini tidak terikat dengan mana-mana parti dari Semenanjung.

ā€œBiar orang Sarawak yang menguruskan Sarawak sepenuhnya dan orang Sarawak sendiri yang akan mencorak hala tuju Sarawak di bawah kepimpinan CM Abang Jo, kerana hanya kita empun dapat jaga kita empun, kita jaga kita,ā€ katanya.

Katanya, ketika krisis politik melanda pada awal tahun ini selepas perletakkan jawatan oleh mantan perdana menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohammad, Sarawak dibawah pimpinan GPS memilih untuk mengutamakan kestabilan politik negara kerana tidak mahu keadaan politik berterusan kucar-kacir sehingga menjejas ekonomi dan keyakinan pelabur.

ā€œDengan itu GPS telah memilih untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun GPS tidak menyertai Perikatan Nasional, cuma kita mengambil pendekatan mesra Kerajaan Persekutuan,ā€ katanya. ā€”DayakDaily