77 saman dikeluarkan sepanjang Ops Selamat di Marudi

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Inspektor G. Visvanathan a/l Guna cekeren memeriksa motorsikal yang di tahan ketika Ops Selamat 18 di Marudi.

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 9 Mei: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Marudi telah mengeluarkan 77 saman bagi tempoh 10 hari Ops Selamat ke-18 dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 37 saman berbanding hanya 40 pada Ops Selamat ke-15 pada tahun 2019.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, antara kesalahan paling banyak direkodkan sepanjang tempoh 10 hari tersebut membabitkan pemandu gagal menunjukan lesen memandu (10 saman) dan number plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan (10) diikuti tiada cermin sisi pada kenderaan (9).

Manakal tujuh saman dikeluarkan bagi kesalahan lampu brek tidak bernyala.

Ops Selamat ke-18 telah diadakan sekitar Jalan Beluru/ Jalan Lapok dan Jalan Long Lama. ā€” DayakDaily