Edisi Ke-7 Kuching Marathon 2 Okt ini

Kelihatan Abdul Karim (lima dari kiri) pada sidang media Kuching Marathon 2022 dan Miri Marathon 2022.

KUCHING, 9 Mei: Edisi ke-7 Kuching Marathon 2022 (KM2022) akan diadakan pada 2 Oktober ini bermula di Padang Merdeka.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, larian pada tahun ini mensasarkan 10,000 penyertaan di dalam empat kategori.

“Empat kategori ialah Kuching Full Marathon, Kuching Half Marathon, Kuching 10KM dan Kuching 5KM,” katanya di satu sidang media di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.


Pada sidang media itu, Abdul Karim turut memaklumkan bahawa Edisi Ke-5 Miri Marathon 2022 (MM22) akan diadakan pada 6 November ini bermula di Taman Bulatan Miri.

Katanya, penganjuran Miri Marathon pada kali ini mensasarkan 7,000 penyertaan di dalam tiga kategori.

Tiga kategori tersebut ialah Miri Full Marathon, Miri Half Marathon dan Miri 10KM.

“Saya memberi jaminan bahawa kedua-dua acara ini akan mendapat sokongan daripada kementerian saya.

“Peserta dari luar Sarawak juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik di negeri ini dan menikmati kepelbagaian makanan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Persembahan Seni memaklumkan peserta boleh mendaftar secara talian melalui http://www.marathonkuching.com/ dan http://www.marathonmiri.com/. — DayakDaily