2,253 kes baharu 11 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

2,253 kes baru 11 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA, 26 Feb:Sebanyak 2,253 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruh kes di negara ini terus meningkat kepada 295,951 kes dengan keboleh jangkitan sebanyak 27,994 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 2,246 kes merupakan kes jangkitan tempatan manakala tujuh kes lagi merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.


“Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 633 kes (28.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 520 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Perak sebanyak 545 kes (24.2 peratus) dan Johor sebanyak 276 kes (12.3 peratus).

“Sebanyak 95 kes (4.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (54 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (28 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),”katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga jam 12.00 tengahari tadi, sejumlah 3,085 kes dilaporkan telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 266,846 kes atau 90.2 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan di seluruh negara.

“Dukacita dimaklumkan 11 kes kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 1,111 kes atau 0.38 peratus daripada keseluruhan kes.

“Ketika ini juga sebanyak 201 kes masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,”katanya. -DayakDaily