Harga runcit RON97,RON95 naik 5 sen, Diesel kekal

Harga runcit RON97,RON95 naik

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Harga runcit bagi produk petroleum RON97 dan RON 95 naik lima sen manakala harga runcit bagi disel kekal pada paras RM2.15 berkuatkuasa pada tengah malam ini

Menurut kenyataan Kementerian hari ini, penentuan harga runcit bagi tiga produk petroleum terbabit bagi tempoh 27 Februari hingga 3 Mac ini dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Dengan kenaikan harga runcit tersebut, harga runcit bagi seliter RON97 naik kepada RM2.35 seliter daripada RM2.30 seliter manakala harga runcit bagi RON95 naik daripada RM2.00 seliter kepada RM2.05 Seliter,” katanya.


Jelas kenyataan itu lagi, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi dieselwalaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.

Ia bagi bagi melindungi pengguna di negara ini daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikankebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. -DayakDaily