Kes positif baru Covid-19 diseluruh negara terus rekod angka jangkitan dibawah 3,000

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 27 Feb: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekod angka jangkitan baharu dibawah 3,000 kes jangkitan hari ini apabila melaporkan sebanyak 2,364 kes jangkitan baharu di samping 10 kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih kekal mendominasi kes jangkitan harian tertinggi dengan 862 kes diikuti Johor (314 kes), Perak (305kes), dan Sarawak (255 kes).

“Dengan kes terbaharu sebanyak 2,364 kes pada hari ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 di seluruh negara kini meenghampri angka 300,000 kes dengan 298,315 kes dilaporkan sehingga hari ini,” katanya ketika memuat naik statistik berkenaan di laman Facebooknya hari ini.


Katanya, sebanyak 3,320 kes sembuh sepenuhnya daripada wabak berkenaan hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh meningkat kepada 270,166 kes atau 90.6 peratus.

Ujarnya, daripada jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan hari ini, hanya satu kes merupakan kes import byang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 2,363 kes tempatan yang dilaporkan hari ini 61.6 peratus merupakan jangkitan kalangan warga tempatan manakala 38.4 peratus lagi jangkitan dikesan dalam kalangan warga asing.

“Sejumlah 10 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 1,121kes sehingga hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sebanyak 190 kes covid-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ICU dengan 99 kes memerlukan bantuan alat penafasan.

Katanya, ketika ini sejumlah 27,028 kes aktif direkodkan di seluruh negara dengan kebolehjangkitan Covid-19. – DayakDaily