KUCHING, 3 Feb: Sebanyak 38 buah keluarga terdiri daripada 180 orang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Mundai dan Kampung Simpok, d sini setakat jam 7 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kedua-dua PPS tersebut dibuka sejak jam 6 pagi tadi susulan banjir yang melanda kedua-dua kampung tersebut.
Katanya, 32 buah keluarga yang terjejas ditempatkan di PPS dewan SK St Peter Simpok dan 6 keluarga lagi ditempatkan di PPS Dewan Kampung Mundai.
Manakala mangsa adalah 158 orang di Kampung Simpok dan 22 lagi di Kampung Mundai.
Keadaan di kedua-dua kampung tersebut adalah terkawal dan pemantauan masih dijalankan. — DayakDaily