110 kanak-kanak berdaftar dengan OSIEC hingga Disember 2020

Fatimah melihat proses intervensi di OSIEC ketika lawatan ke pusat itu di Metro City, Kuching

KUCHING,24 Dis: Seramai 110 kanak-kanak berdaftar dengan One-Stop Early Intervention Center (OSIEC) sehingga Semalan (23 Disember).

Daripada Jumlah itu, 54 kanak-kanak merupakan kanak-kanak autistic, 17 kanak-kanak mengalami kelewatan percakapan, 10 kanak-kanak mengalami kelewatanperkembangan global (GDD), lima mempunyai Sindrom Down dan seorang mempunyai masalah pendengaran, manakala23 kanak-kanak lagi masih menunggu untuk di diagnosis.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak,Fatimah Abdullah berkata, sebagai pemulaan, perkhidmatan yang disediakan di pusat sehenti tersebut tidak dikenakan sebarang yuran ataupun sumbangan daripada ibu bapa kanak-kanak terlibat.

Bagaimanapun katanya, bermula tahun hadapan yuran tersebut akan mula dikenakan kepada ibu bapa kanak-kanak terlibat yang mendapatkan perkhidmatan di pusat tersebut.

ā€œYuran sebanyak RM50 sebulan akan dikenakan bagi perkhidmatan satu sesi seminggu manakala RM100 akan di kenakan bagi perkhidmatan dua sesi seminggu.

ā€œYuran ini adalah lebih rendah berbanding yuran atau sumbangan yang dikenakan oleh pusat-pusat yang lain telah wujud di tempat lain luar Sarawak yang mencecah RM500 sebulan,ā€ katanya ketika berucap semasa lawatan ke OSIEC di Metro City di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi memberikan pekhidmatan yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas, OSIEC memberikan penekanan khusus penglibatan ibu bapa kanak-kanak terbabit ketika program intervensi dilaksanakan.

Ia bagi membolehkan ibu bapa dapat sama-sama dengan jurupulih untuk belajar cara-cara bagi membantu anak-anak mereka.

ā€œFokus juga diberikan kepada membangunkan kemahiran yang ada pada setiap kanak-kanak, membantu kanak-kanak menguasai kemahiran baharu serta menyediakan dan menyokong perkembnagan kanak-kanak sebagai persediaan untuk ke sekolah,ā€katanya.

Fatimah berkata, pengesanan dan intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas ini membolehkan mereka diberikan program yang bersesuaian, dibimbing untuk berdikari dan seterusnya lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan sama ada arus perdana, kelas integrasi atau sekolah pendidikan khas.

Katanya, langkah seterusnya adalah menyedia dan menubuhkan Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Sekolah menengah dan pusat latihan vokasional bagi kanak-kanak serta remaja berkeperluan khas.

ā€œKerajaan dan kementerian ini akan terus komited untuk mengalas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dan memastikan mereka tidak ketinggalan khususnya dari segi pendidikan,ā€katanya

ends

Caption: Fatimah(duduk,dua dari kiri ) merakam gambar selepas melakukan lawatan ke One-Stop Early Intervention Center (OSIEC) di Metro City, Kuching.

Caption: Fatimah melihat proses intervensi di OSIEC ketika lawatan ke pusat itu di Metro City, Kuching