11 barangan disenarai dalam SHMMP Krismas 2022

Kelihatan pegawai pemeriksaan sedang melaksanakan pemeriksaan terhadap harga barangan dalam foto fail ini.
Advertisement

KUCHING, 20 Dis: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 hingga 27 Dis 2022.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan.

“Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurut Salahuddin, senarai barangan yang dikawal ialah ayam tua hidup, kepak ayam, daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, lada benggala hijau.

Senarai lain ialah kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah, ubi kentang import (China), babi hidup (Dikawal peringkat ladang), daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak)

Tambah Salahuddin, pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

“Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Serta agensi di bawahnya dan data-data harga barangan yang dikutip oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN),” katanya. — DayakDaily

Advertisement