Warga emas ditahan kerana mencuri tong racun perosak

Kedua-dua suspek (berbaju oren dan tiga dari kanan) di bawa ke balai polis pusat Miri untuk siasatan.

MIRI, Sept 18: Seorang warga emas berusia 70 tahun antara dua suspek ditahan anggota Task Force dari Jabatan Siasatan Jenayah( JSJ) Miri pada tengahari Khamis kerana disyaki terlibat mencuri 35 tong racun perosak yang digunakan dalan pertanian.

Suspek warga emas itu telah ditahan di sebuah rumah di Batu 22 Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 1.30 petang selepas pasukan JSJ Miri dipandu arah oleh rakannya berusia 25 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam stor rumah suspek warga emas itu, polis telah menemukan sebanyak 35 tong racun perosak seberat 20 liter yang dilaporkan hilang dari sebuah kedai di Batu Niah.


Jumlah kerugian dilaporkan dalam anggaran RM4,550.

Siasatan turut mendapati, kedua-dua suspek telah memecah masuk kedai tersebut sebanyak dua kali.

Kali terakhir ialah pada Ogos 31 yang lepas.

Suspek juga mengaku menjualnya kepada seorang lelaki cina bernama panggilan “Liong” di Batu 22 Jalan Bintulu-Miri dengan harga RM 100 bagi setiap setong racun tersebut yang berisi 20 liter racun bagi setiap tong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. — DayakDaily