Nanta: Kempen Beli Barangan Malaysia bantu pulihkan ekonomi

Nanta (dua dari kiri) merasmikan Penutupan Karnival Kepenggunaan Kapit. Turut kelihatan Hasnol (tiga dari kiri)

Oleh Chris Bishop

KAPIT, 19 Sept: Kempen Beli Barangan Malaysia diyakini membantu usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi.

Katanya, kempen yang melibatkan pembeli, pengusaha dan para perniaga tempatan mampu merancakkan kegiatan peruncitan.


“Dengan membeli barangan Malaysia, kita membantu pengeluar-pengeluar barangan dan para peniaga.

“Sudah pastinya perniagaan mereka akan terus kekal dan banyak perkerjaan boleh kita selamatkan.

“Tiada yang akan hilang pekerjaan, dan paling penting adalah usaha kita memulihkan ekonomi negara kesan pandemik Covid-19 berjaya,” katanya.

Nanta berkata demikian di Majlis Penutupan Karnival Kepenggunaan-Beli Barangan Malaysia Bersempena Sambutan Hari Malaysia Daerah Kapit 2020 di Fort Sylvia di sini semalam.

Menurut beliau Perdana Menteri telah memberi tanggungjawab kepada KPDNHEP untuk menganjurkan kempen diseluruh negara.

Tambah Nanta, ia bukan sahaja dianjurkan di bandar-bandar besar tetapi turut diadakan di pekan-pekan kecil.

“Pada kali ini, kementerian menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia di Kapit.

“Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin kepada semua rakyat,” ujar Nanta.

Pada majlis penutupan itu, isteri Nanta, Datin Angelina Celestine Ujang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Ratu Karnival Kepenggunaan, Tiffany Sembar Anthony.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.-DayakDaily

Tiffany (duduk) muncul Ratu Kepenggunaan Kapit 2020