LAWAS, 20 Nov: Seorang lelaki nyaris maut apabila terlanggar pokok yang tiba-tiba tumbang di Jalan Punang Lawas iaitu berhampiran Kampung Bukit Naga Jalan Punang Lawas.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa semasa kejadian memandu sebuah van sekitar jam 7.33 malam.
Katanya, mangsa tidak sempat mengelak apabila pokok tersebut tiba-tiba tumbang.
“Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba terus bertindak memotong pokok tersebut menggunakan dua gergaji berantai sehingga selesai.
“Manakala mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Setelah keadaan selamat, Pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.58 malam. — DayakDaily