Empat cedera dalam kemalangan di Jalan Miri Bypass

Anggota bomba mengangkat mangsa ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital.

MIRI, 20 Nov: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) membantu mengeluarkan empat penumpang dari sebuah kereta yang terlibat kemalangan di Jalan Miri Bypass, di sini hari ini.

Jurucakap Bomba berkata pihaknya menerima laporan mengatakan berlakunya kemalangan membabitkan dua buah kenderaan sekitar jam 5.06 petang.

“Kemalamgan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan jenis sedan.


“Empat mangsa yang cedera dilaporkan didalam kenderaan jenis sedan telah berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa-mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat oleh anggota dari Balai Bomba Lopeng itu tamat sepenuhnya pada jam 5.54 petang. — DayakDaily