UMNO nafi surat sokong pemimpin pembangkang jadi PM-9

United Malays National Organisation (UMNO) logo.
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 Okt: UMNO menafikan bertindak mengeluarkan satu surat rasmi parti itu yang tular di media sosial berkenaan sokongan Presiden UMNO kepada salah seorang pemimpin Parti Pembangkang sebagai Perdana Menteri ke 9.

Ketua Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Pejabat Presiden parti itu tidak pernah sama sekali mengeluarkan surat berkenaan seperti yang didakwa.

“Saya dan Pegawai Pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab dalam menyediakan segala urusan surat menyurat.

Advertisement

“Kepala surat atau ‘letter head’ yang dikeluarkan oleh pejabat presiden atau parti juga tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Kata Mohd Sumali penyebaran kononnya surat rasmi itu jelas menunjuk terdapat segelintir pihak berkepentingan yang cuba mencalarkan imej Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tindakkan individu berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden Umno,” katanya.-DayakDaily

Advertisement