Ugut tuan rumah kerana tagih duit sewa, lelaki warga asing ditahan

Suspek (depan ,baju putih) ditahan untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Ogos 14: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas mengugut dan mencederakan seorang warga emas ketika menagih sewa di sebuah rumah di Sealine 2 Lutong pada Jumaat.

Susulan kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, pemilik rumah berusia 57 tahun membuat laporan polis sebelum suspek diberkas.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, berkata siasatan awal mendapati, mangsa telah datang ke runah berkenaan untuk mengutip sewa bilik yang mana rumah itu adalah miliknya.

Sebaik tiba di rumah tersebut, suspek yang berusia 23 tahun telah naik berang dan telah memukulnya menggunakan tangan di pipi kanan dan siku

Suspek juga turut mengugut mangsa menggunakan sebilah parang.

Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa telah beredar dan membuat laporan polis.

Tangkapan dilakukan kurang dua jam selepas kejadian.

KEs disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan lanjut, suspek tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/63. — DayakDaily