Tuduh Premier sombong, sebenarnya Violet sombong, kata Fazzrudin

Fazzrudin (left) and Yong.
Advertisement

KUCHING, 27 Julai: Tindakan Adun Pending Violet Yong yang menyifatkan Premier Sarawak sombong sebenarnya mencerminkan sikap sombong beliau (Violet) sendiri.

Menurut Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, pemimpin DAP itu mempamerkan sikap angkuh beliau dengan tidak menghormati pemcapaian dan keberkesanan polisi Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau juga menunjukan sikap angkuhnya dengan tidak menghormati pendirian rakyat Sarawak yang mengamalkan demokrasi dengan menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS),” kata Fazzrudin dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau merujuk kepada respon dari Violet yang kononnya ingin mengingatkan Premier Sarawak bahawa PH masih wujud di Sarawak.

Laporan berita bahawa Abang Johari di rancangan “Keluar Sekejap”, secara berseloroh mengatakan PH tidak wujud di Sarawak telah disalah ertikan.

Malah jelas Fazzrudin, ia telah diputar belit oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab.

“Perbincangan ketika itu adalah hubungan parti dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak.

“Apa yang dimaksudkan oleh Abang Johari adalah kerjasama antara GPS dan parti-parti yang menubuhkan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan termasuk PH, tidak wujud di peringkat Sarawak,” ujar Fazzrudin. — DayakDaily

Advertisement