TPM Fadillah terima kunjungan hormat MEESty di Putrajaya

Dr Hazland (empat kanan) menyampaikan cenderamata kepada Fadillah pada kunjungan hormat di Putrajaya.

KUCHING, 15 Feb: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Komoditi Dato’ Sri Fadillah Yusof pada Isnin lepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Kunjungan yang berlangsung di Pejabat Fadillah di Putrajaya itu bertujuan menerangkan kewujudan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty).

MEESty merupakan sebahagian daripada kerangka Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) Sarawak 2030 dalam menjadikan negeri ini maju menjelang tahun 2030.


Peranan utama MEESty ialah sebagai pengubal dasar, merancang dan membangunkan sektor tenaga serta kelestarian alam sekitar di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan menteri yang bertanggjawab dalam hal berkaitan MEESty.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Komoditi Dato Mad Zaidi Mohd Karli, Ahli Lembaga Lebuhraya Malaysia Dato Adrian Ching dan Setiausaha Tetap MEESty Abg Ahmad Abg Morni. — DayakDaily