Tikam alat sulit teman wanita suami, tertuduh dihukum penjara 8 tahun

Court ā€” DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Dean Adam

SIBU, Apr 1: Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang wanita yang menikam bahagian alat sulit teman wanita suaminya dalam satu kejadian di sebuah bilik sewa pada Mac 25 lepas.

Hakim mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara itu selepas tertuduh, Ting Hai Hua, 46, mengaku bersalah.


Tertuduh yang juga merupakan pekerja di kopi didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan ke atas suami tertuduh, 29, kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita yang mempunyai empat anak.

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di bahagian alat sulitnya selepas ditikam dengan menggunakan pisau oleh seorang wanita lain dalam satu kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Lajong di sini.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku mengakibatkan wanita berusia 34 tahun tersebut mengalami pendarahan teruk.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang dikatakan teman wanita kepada suami suspek telah datang ke bilik sewa berkenaan.

Katanya, mangsa merupakan seorang pekerja pembersihan dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami suspek yang berusia 28 tahun.

“Pada mulanya, suspek yang berusia 46 tahun bersama suami serta mangsa dikatakan telah berbincang berhubung hubungan tiga segi itu.

“Selepas itu, ketiga-tiga suspek dikatakan bersetuju melakukan hubungan seks bersama sebelum suspek pergi mengambil sebilah pisau lalu menikam bahagian sulit mangsa,” katanya. ā€” DayakDaily