Wanita cedera ditikam di bahagian alat sulit selepas lakukan hubungan seks

Kelihatan wanita yang cedera ditikam di bahagian alat sulitnya.

Oleh Dean Adam

SIBU, Mac 25: Seorang wanita cedera di bahagian alat sulitnya selepas ditikam dengan menggunakan pisau oleh seorang wanita lain dalam satu kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Lajong di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu mengakibatkan wanita berusia 34 tahun tersebut mengalami pendarahan teruk.


Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang dikatakan teman wanita kepada suami suspek telah datang ke bilik sewa berkenaan.

Katanya, mangsa merupakan seorang pekerja pembersihan dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami suspek yang berusia 28 tahun.

“Pada mulanya, suspek yang berusia 46 tahun bersama suami serta mangsa dikatakan telah berbincang berhubung hubungan tiga segi itu.

“Selepas itu, ketiga-tiga suspek dikatakan bersetuju melakukan hubungan seks bersama sebelum suspek pergi mengambil sebilah pisau lalu menikam bahagian sulit mangsa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Kata Stanley, suspek yang bekerja di sebuah kedai kopi telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. — DayakDaily