Tiga sahabat terpaksa panjat pokok selepas terperangkap akibat air pasang

Motor sikal yang digunakan ketiga mangsa terbabit.

KUCHING, Tiga sehabat terpaksa memanjat pokok bagi menunggu bantuan tiba selepas lokasi tempat mereka memancing ditengelami air pasang.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tiga remaja terbabit yang leka memancing di lokasi terbabit tidak menyedari air mulai pasang menyebabkan laluan yang dilalui untuk ke kawasan pantai terputus.

Katanya, keadaan itu sekaligus menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersebut teperangkat di lokasi berkenaan.


“Keadaan kawasan tepi pantai yang berombak dan air pasang juga agak berbahaya untuk mereka bergerak ke arah pantai.

“Justeru pihak PGO menasihati ketiga-tiga mangsa terbabit untuk sentiasa berada di kedudukan tinggi sehingga bantuan bomba tiba,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi satu panggilan kepada salah seorang mangsa, sehingga jam 4.50 petang tadi, mangsa memaklumkan keadaan air pasang telah sampai pada kedudukan mereka dan menasihati mereka untuk terus berada di atas pokok terbabit.

Katanya, bot bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tabuan Jaya telah digerakkan ke pengkalan feri Ramungan untuk bantuan mengambil mangsa terperangkap.

Pada masa sama, pihak APMM turut dihubungi bagi bersedia untuk bantuan tambahan menyelamat mangsa memandangkan cuaca di lokasi hujan lebat dengan ombak bergelora.

Dalam kejadian terbabit, ketiga mangsa tersebut telah pergi ke lokasi tersebut dengan menaiki motosikal melalui laluan persisir pantai bagi tujuan memancing.

Jarak lokasi tersebut dari sebuah chalet terdekat di Kampung Trombol, Telaga Ai di sini adalah kira-kira 2.96 kilometer (KM). -DayakDaily