Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat kes curi kereta

Polis turut menemukan sebuah enjin kereta dan kereta trak tunda. Ketiga tiga suspek (berdiri empat, lima dan enam dari kiri) dibawa ke balai polis pusat Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Jan: Tiga lelaki ditahan polis petang Junaat kerana disyaki terlibat mencuri sebuah kereta di Tukau Bakam awal minggu lepas.

Kerugian dianggarkan bernilai RM15,000.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kesemua suspek berusia sekitar 40 dan 57 tahun itu ditangkap di dua lokasi beransingan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).

Tangkapan dilakukan sekitar jam 11.50 pagi sebaik sahaja pihak polis berjaya mengesan dua daripada tiga suspek di Jalan Padang Kerbau.

Susulan tangkapan tersebut, pihak polis berhasil mengesan suspek ketiga di Kamping Sealine Lutong.

Pihak polis turut berjaya menemukan bahagian enjin kereta yang dilaporkan telah hilang dicuri itu.

“Kita turut merampas sebuah trak tunda dipercayai telah digunakan dalam kejadian,” ujar Hakemal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. — DayakDaily