BINTULU, 11 Mac: Tiga buah bot berkuasa tinggi dilaporkan terbakar di sebuah jeti di Kampung Sinong, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.21 tengah malam.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan tiga buah bot berkuasa tinggi 200 kuasa kuda.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 400 kaki sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Setelah berjaya memadam kebakaran, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai. — Dayakdaily