Tiada bukti kaitkan dengan kes tuntutan palsu, dua pemilik syarikat dibebas

Dua individu bergelar Datuk dan Datin dibebaskan daripada dikenakan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kuching.

KUCHING, 9 April: Dua individu bergelar Datuk dan Datin dibebaskan daripada dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM5.8 juta empat tahun lalu.

Perintah pembebasan terhadap kedua individu itu dikeluarkan Majistret Zaiton Anuar di Mahkamah Majistret Kuching selepas menerima pemohonan daripada Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM)

Majistret Zaiton ketika mengeluarkan perintah pembebasan kepada kedua-dua individu tersebut memberitahu bahawa tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan keduanya dengan kes tuntutan palsu terbabit.


Kedua individu itu yang  masing-masing berusia 56 dan 58 tahun merupakan pemilik sebuah syarikat pembekal ditahan semalam selepas dipangil ke pejabat SPRM Sarawak bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM5.8 juta.

Menurut sumber SPRM, kedua suspek dituduh telah menggunakan satu dokumen yang disyaki mengandungi butir matan palsu sebagai dokumen sokongan semasa mengemukakan tawaran tender pada 2017.

Tawaran tender yang dikemukakan itu adalah untuk membekalkan makanan bermasak mulai 1 Julai, 2017 hingga 30 Jun, 2019 yang bernilai RM5,828,220 ringgit ke asrama sekolah di Sarawak.

Pada 6 April lalu, seorang eksekutif wanita berusia 41 tahun ditahan SPRM bagi dan di perintahkan untuk ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Kes terbabit disiastan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana di syaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM5,828,220. — DayakDaily