Oleh Brad Rantayy
MIRI, 8 Julai: Seekor anak kucing berusia lima bulan yang terperangkap seminggu di atas sebuah siling rumah di Jalan Rengas di sini berjaya diselamatkan.
Menurut pemilik rumah tersebut, seorang lelaki berusia 52 tahun, pada pagi (Jumaat) tadi, sekitar jam 10.04, beliau mendengar bunyi anak kucing itu seolah-olah meminta tolong.
Ujarnya, beliau telah berusaha memanjatkan ke atas siling rumah bagi menyelamatkan anak kucing terserbut , namun gagal.
Difahamkan, seminggu yang lalu, pengadu turut mendengar bunyi anak kucing tersebut.
Sehubungan itu, pengadu telah menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) bagi membantu mengeluarkan anak kucing tersebut.
Sementara itu, Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata ,lima anggotanya telah dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan anak kucing tersebut.
Operasi mengeluarkan anak kucing tersebut hanya mengambil masa kurang 15 minit. — DayakDaily