Tenggiling diserahkan kepada SFC

Tenggiling telah ditemui dalam keadaan lemah dan luka.
Advertisement

KUCHING, 20 Julai: Seekor tenggiling telah diserahkan orang ramai kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Miri bagi diselamatkan baharu-baharu ini.

Haiwan terbabit telah dijumpai seorang lelaki dalam keadaan lemah dan luka di sekitar kawasan rumahnya.

Lelaki yang prihatin itu kemudiannya segera menghubungi pihak SFC dan haiwan itu dibawa ke pejabat Wilayah Miri (MRO) untuk diberikan rawatan dan perlindungan sebelum dibebaskan ke habitat asalnya.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton memuji sikap prihatin dan tindakan yang bijak ditunjukkan lelaki tersebut dalam membantu SFC menyelamatkan hidupan liar di negeri ini.

Anggota SFC yang mengambil seekor tenggiling telah ditemui dalam keadaan lemah dan luka.

“Mereka yang menjumpai hidupan liar harus terus segera menghubungi pihak kami dan tidak mengambil tindakan sendiri apatah lagi menyimpan haiwan berkenaan sebagai haiwan peliharaan,” katanya dalam kenyataan SFC di laman Facebooknya semalam.

Justeru, orang awam diminta untuk membiarkan hidupan liar terus bebas di habitat asalnya dan boleh menghubungi talian berikut sekiranya ternampak sebarang hidupan liar di Kuching (019-8859996, 013-8110150), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8223449, 019-8332737), atau Miri (019-8224566, 019-8290994).-DayakDaily

Advertisement