Taman Rekreasi Komuniti Piasau Garden bakal berwajah baru

Ting (baju kuning) bersama Yii (kanan) melakukan lawatan pemantauan projek RTP di Taman Rekreasi Piasau.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Feb: Taman Rekreasi Komuniti Piasau Garden akan dinaik taraf dengan beberapa peralatan bersenam dan kemudahan riadah bakal disediakan.

“Kita memang akan melakukan beberapa penambahbaikan pada taman ini supaya apabila siap sepenuhnya nanti, penduduk di kawasan ini dengan populasi lebih 400 orang berpeluang menikmati kemudahan yang ada semasa melakukan aktiviti riadah,” jelas Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau hari ini ketika melakukan lawatan pemantau projek pembinaan laluan pejalan sepanjang 373 meter di Taman Rekreasi tersebut.


Katanya, taman ini akan berwajah baru dengan beberapa kelengkapan yang lebih baik bagi kegunaan penduduk di sini untum beriadah.

Hadir sama pada lawatan pada pagi iniialah Datuk Bandar Miri Adam Yii, Cr Warzieada Ahmad and Cr Tan Lek Jin.

Kos pembinaan laluan pejalan kaki tersebut menelan belanja sebanyak RM100,000.

Pembinaan laluan pejalan kaki yang bermula 3 Januari yang lalu merupakan projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan di kawasan beliau, dan dijangka siap pada 3 March nanti.

Ting turut menzahirkan rasa berpuas hati dengan perjalanan pembinaan tersebut yang juga meliputi kerja-kerja mengecat, membaiki dan membersihkan kawasan taman tersebut. — DayakDaily