KPM benar pemakaian pakaian sesuai, sopan untuk hadiri sesi persekolahan bersemuka

Kementerian Pendidikan Malaysia - logo

PUTRAJAYA, 24 Feb: Murid yang belum mepunyai pakaian seragam sekolah diberikan kebenaran untuk memakai pakian yang bersesuaian, kemas dan sopan bagi memulakan sesi persekolahan bermula 1 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira keadaan semasa yang antara lain merencatkan persediaan kemasukkan ke sekolah anak-anak oleh ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kebenaran tersebut diberikan kepada murid terlibat bermula 1 hingga 26 Mac ini iatu sehingga cuti pertengahan penggal sesi persekolahan 2021.


“KPM berharap dengan kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pertanyaan berkaitan isu pemakaian pakaian seragam sekolah timbul selepas pengumuman tarikh pembukaan semula sekolah oleh KPM pada 19 Februari lalu.

Ia timbul selepas terdapat ibu bapa murid yang tidak sempat menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka termasuk keperluan pakaian seragam. -DayakDaily