Muhyiddin jadi individu pertama terima vaksin Covid-19

Muhyiddin ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech hari ini.

PUTRAJAYA,24 Feb: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan dos pertama Vaksin Covid-19 pada hari ini.

Suntikan tersebut di terima beliau di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya sekitar jam 2.43 petang tadi.

Pemberian vaksin tersebut di lakukan ketua Jururawat PKD Putrajaya, Lina Ibrahim.


Selain Muhyiddin, Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjadia antara individu terawal menerima suntikan vaksin keluaran Pfitzer BioNTech.

Vaksin tersebut yang selamat tiba di negara ini pad Ahad lalu menerusi penerbangan terus dari kilang Pfizer di Belgium ke Singapura dan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Vaksin tersebut merupakan 312,390 dos vaksin Covid-19 bagi program iminunsasi kebangsaan dengan pemberian fasa pertama vaksin terbabit melibat pasukan pertugas barisan hadapan.

Selepas pemberian vaksin tersebut, penerima akan diberikan tempoh masa rehat antara 15 hingga 30 minit bagi memantau kesan sampingan vaksin tersebut.

Ini bagi melihat jika terdapat tindak balas terhadap vaksin tersebut dan ia dapat dilihat pada tempoh 15 minit pertama selepas menerima suntikan tersebut.

Manakala pemantuan selama 14 hari lagi dilakukan bagi melihat simptom-simpton tambahan selepas penerimaan vaksin tersebut sebelum dibenarkan untuk menrima dos kedua bagi membina iminusasi jangka panjang.

Dengan selesainya penerimaan dos kedua vaksin tersebut, ia akan dapat membina iminusasi yang lebih baik seterusnya membentuk imuniti kelompok untuk mencegah wabak Covid-19. -DayakDaily