Syarikat perusahaan perkayuan China nyata hasrat melabur di Sarawak

Awang Tengah (kanan) ketika menhadiri mesyuarat atas talian dengan Wang.
Advertisement

KUCHING, 9 Dis: Hasrat sebuah syarikat perusahaan kayu dan perabot dari China melebarkan sayap perniagaannya di Sarawak bakal menjadikan syarikat tersebut antara syarikat utama atau ‘anchor company’ yang terlibat secara aktif dalam merealisasikan projek ‘Furniture Parks’ di Kuching, Bintulu dan Tanjung Manis.

Hasrat tersebut disampai oleh presiden syarikat Xuzhou Shenghe Wood Co Ltd, Wang Fuhua kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam satu mesyuarat atas talian pagi tadi.

Pada mesyuarat itu, Wang berkata, kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan pelabuhan menjadikan Tanjung Manis kawasan yang mempunyai potensi untuk syarikat itu melabur seterusnya membuka kilang baharu mereka di Sarawak.

Advertisement

Pada mesyuarat sama, Awang Tengah berkata, Sarawak sentiasa berusaha untuk menyediakan suasasa yang kondusif untuk menarik pelaburan sama ada dari dalam ataupun luar negara.

Ia antara lain bagi sasaran export produk perkayuan khususnya perabot melibatkan nilai sekitar RM6 billion menjelang 2030.

“Antara usaha Sarawak untuk mencapai sasaran tersebut adalah dengan melestarikan bahan mentah melalui ‘planted forest’, ‘bamboo plantation’, memantapkan program Young Designers dengan koloborasi pintar SayDesign Sarawak dengan ITB Bandung, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Milan Designers serta mengadakan polisi yang membenarkan import spesis kayu yang tidak terdapat di Sarawak lagi.

“Pada masa sama, kerajaan Sarawak turut mempunyai polisi yang sentiasa prihatin dan membenarkan pengambilan pekerja asing dalam menyokong pelaburan produk nilai tambah seperti pembuatan dan penhasilan perabot,” katanya.

Justeru, Awang Tengah turut menyarankan agar program melatih pekerja tempatan dapat dilaksanakan menggunakan kemudahan pusat latihan perkayuan sedia ada di Tanjung Manis iaitu Tanjung Manis Timber Training Centre digunakan bagi melatih individu dalam pembuatan perabot, ukiran kayu, kawalan mutu dan pemeringkatan kayu.

“Dengan adanya perkerja mahir temlatan ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti produk perabot yang dihasilkan malah ia turut memberikan keyakinan kepada pembeli dan pelabur yang secara lansung akan turut juga meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat,” katanya. — DayakDaily

Advertisement